Powered By Blogger

Wednesday, April 27, 2011

To all Facebookers~

Salam allz... ketemu lagi kita ya.. seperti title hari ini... to all facebookers a.k.a pelayar facebook tegar... hehehe, mcm biasa setiap hari mmg sentiasa akan meng"update" profile masing-masing, segala komen-komen atau sekurang-kurangnya status or mood pada hari ini, seronok gak baca status kawan2 kita nih, ada yang rasa happy, menceritakan perihal kerja hari ini, apa yg dimakan ketika ini, macam-macam lagi lah, dan tak kurang juga menyatakan ketidakpuasan hati.. hehehehe, mcm2 ragam kan, tapi ragam itu jugak la yg mewarnai hidup kita seharian.. ia juga menyedarkan kita tentang betapa bahagianya kehidupan kita sekarang dengan segala kisah suka duka ini, tapi bagi aku dengan kesibukan yang melanda skrg ni membuatkan aku tidak dapat mengunjungi facebook ku sekerap yang dulu, rutin online ku juga berubah, tapi aku tetap tak lupakan kawan2 on9 aku, cuma bila kadang2 tu ada masa baru la aku menjenguk2 ke chatroom aku Selangor : 2, yeah, dimana satu masa dulu kamilah penghuni tegarnya... cuma bila masing2 terikat dengan kesibukan kerja, masa yg ada agak terhad dan xdpt lagi nak melepak di alam maya macam dulu2, insyaAllah aku nak setting balik supaya sumer geng2 aku dulu akan re-union kat room tu... ok lah cukup di sini untuk hari ini, 3.00 pm, bermula ko-kurikulum.. sehingga berjumpa lagi.. salam sayang dari Tinta Berdarah....

Sunday, April 24, 2011

Tinta Berdarah Lagi

Assalamualaikum allz.....
Wah... lama yer rasa tak menjenguk ke sini.. hehehhe, last bulan januari... nih da april... bila april tiba.. hati mula berkata... lalalalalala ahahahahaha, sesungguhnya kesibukan mengatasi segala2 nya..... ape yg sibuk sgt Encik Qai kita nih? haaaa nih nak citer la nih... setelah sebulan aku terapung di SK Sri Jelok, secara rasminya 1 February 2011 aku diarahkan melapor diri di sekolah baru ku SK Beranang..... Alhamdulillah dapat semakin dekat dgn rumah, dan yg paling menggembirakan ialah ni lah sekolah aku masa aku sekolah dulu, hehehehe, terkejut jugak pada awalnya... tapi bila difikir2kan semula.. mmg betul org kata "ada hikmah di sebalik kejadian" kan? mcm2 hikmah yg diterima, Alhamdulillah... perkhabaran gembira pon diterima.. permohonan untuk melanjutkan pelajaran pon diterima... skrg aku juga bergelar student di UPM, hah.. keje lagi, blajo lagi... tapi kata orang.. untuk berjaya.. mmg perlukan pengorbanan.. dan aku anggap ni lah pengorbanannya yg perlu aku buat, kemudian di sekolah baru ku ini jugak aku akhirnya berpeluang utk melatih team hoki sekolah dimana telah aku tinggalkan selama 5 tahun semenjak aku posting... walaupon aku bukanlah seorg pemain hoki yg hebat dulu, tapi aku harap ilmu dan sedikit pengalaman yg aku ada dapat melahirkan pemain2 yg lebih hebat daripada aku, selain melatih team sekolah, juga dengan tugas aku mendidik, serta aktiviti lain, aktiviti berpengakap juga berjalan seperti biasa, SKB juga telah berjaya menjadi tuan rumah kepada kejohanan bolasepak zon semenyih serta perkhemahan bersepadu unit beruniform (P) sekolah rendah peringkat daerah hulu langat, semuanya berjalan dengan lancar.... dan yang paling penting ialah kejayaan pasukan hoki perempuan SK Beranang mengekalkan kejuaraan LAPAN tahun berturut2, manakala pasukan lelaki di tempat ke 3 tapi tanpa sebarang kekalahan, sgt seronok..... 1st tyme bawak team n Johan....... satu pengalaman yg amat manis..... dan sehingga minggu lepas kesibukan melanda... akhirnya hari minggu ni aku berehat sepuas2 nya untuk refresh badan aku nih.... yeah.. sekian dulu untuk kali ni sehingga berjumpa lg yea di coretan akan dtg... membingkiskan sebuah tinta berdarah.... Assalamualaikum...

Tuesday, January 11, 2011

tinta kembali berdarah

assalamualaikum.... wah.... lama betol rasanya tak berdarah disini.... agak lama aku menyepi dari blog nih... ampun maaf dipinta... bukan niat nak mengenepikan blog ni.. cuma untuk mencari ilham supaya dapat terus mencoret bukanlah sesuatu yg mudah.. tambahan pula aku bukanlah jenis org yg memiliki sekajang kata2 indah untuk di puisikan menjadikan lagu termerdu... hanyalah sekadar luahan yang ingin diluahkan....  ditambah dengan kekangan masa... membuat aku hampir-hampir terlupa kepada tempat untuk aku bercerita...

yeah.. tahun baru.. azam baru.. serba serbi baru...  heheheh.. ape2 pon semoga tahun nih dijalani lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.... cuti panjang disember lalu... aku bercuti -secuti cutinya...... best giler... ahahahahh  cuti aku penuh dgn aktiviti yg best.... so xde la terbuang begitu saje kan..... ape-ape pon 2010 sudah pon berlalu.. sudahpon kita tinggalkan... 2011 membawa cerita baru.. terus menelusuri masa yang tak pernah menunggu kita... dan aku akan seboleh-bolehnya mencari ruang dan peluang untuk terus mencoret di sini... dan tinta akan terus BERDARAH.....

sekian.. wassalam dari tinta berdarah...

Tuesday, August 3, 2010

kembali mencoret..

warrghhhh... assalamualaikum semua... wahahahah lama dah x mencoret kat sini.. last ari tu bulan jun.. kemudian terus dengan kesibukan dalam melaksanakan tugas...

Pengalaman pertama melawat ke negara orang, best sgt, tempatnya menarik, orangnya baik, cewek2 nya juga cantik... manis gitu.. ahahahahahah ohh aku tergoda terkuciwa..( dari kerana mata ) ahahahah gurau jerk... pengalaman yg sangat menarik bagi aku, mewakili Selangor dan Malaysia ke Jambore Budaya Serumpun Malaysia-Indonesia yg mana menggabungkan pengakap dan pandu puteri malaysia bersama-sama mengeratkan hubungan serumpun budaya bersama pramuka Indonesia, sesungguhnya aku tak kan lupakan sampai bila-bila, best beb...

habis je jamboree tugasku xberakhir disitu, di sambung pula dengan kursus2 manikayu yang perlu aku habiskan dalam tahun ni untuk melayakkan aku dikalungkan manikayu pengakap muda, alhamdulillah kami peserta kursus kepimpinan manikayu PM telah selamat menamatkan kursus dengan jayanya... mmg best dak2 nih, gila2 semua.. xcaye g tgk gambar2 dalam fesbuk aku... ahahhahah meriah betul...

kemudian kerja aku bersambung2 dengan hal sekolah lagi dan kepengakapan lagi sehingga yg terkini ialah Kempori Pengakap Muda dan Remaja Negeri Selangor di mana aku ditugaskan sebagai salah seorang urusetia dan petugas negeri, bukan di bawah kontinjen Kajang.. tapi aku tetap menjenguk2 ke kontinjen aku.. melihat2 keadaan budak2 daerah aku, disamping tumpang makan.. ahahahaha

aku rasa mmg pack betul masa aku sebulan, hujung minggu je masuk kem, hujung minggu je masuk kem, masuk je hujung minggu.. ahahahahahahah Kem Rimba Templer dah jadi macam kg no 2 aku.. ahahaha.. Tapi apa pon aku enjoy dgn kerja2 aku yg mcm nih, so xde timbul isu penat atau apa.. benda kita minat.. mmg xde masalah pon kann.... lepas tu plak malamnya lepak ngan member2 giler  semua.. perhhhhh mmg best.... ahahahahaha

Jadinya hujung minggu yang baru nih aku free se free free nya... memang BEST.. aku berehat je... fuhh.... aku lepak depan tv.. ngadap lappy.. melingkar baek punya... mmg aku rasa best giler ahh... then ptg ada game boling... pon best gak walaupon kalah,, cuma xleh nak seronok2 sgt sbb aku dapat call ibu tak berapa sihat.. so. aku berada dalam mud : standby.. kalo  in case la kan...

Now apa yg  perlu untuk aku fikirkan ialah cara mana aku nak dapat duit dgn sebanyak2 nya.. hahahahah.. mcm2 dalam kepala hotak aku nih nak buat.. wakakakakaak .....

Well.. tu lah kisahnya aku xmencoret sepanjang hampir2 sebulan lebih ni... nnt ada masa aku titipkan lagi oke.. Salam Mesra dari Tinta Berdarah

Wednesday, June 16, 2010

tinta berdarah...

semuanya yang berlaku menjadi semakin merumitkan... hampir hilang kawalan... tapi takpe...kalau nak difikirkan sangat pun.. memang penyelesaiannya bukan dalam masa terdekat... dan andai tiada jalan penyelesaian pon.. biar aku simpan sendirian... cuma... sampai suatu masa....andainya aku tidak lagi berdaya melangkah, andai langkahku sudah di penghujung jalan atau mungkin aku dah tiada lagi disini..semuanya akan terungkai dengan sendiri... dan mungkin ketika itu orang akan faham mengapa semuanya berlaku dan berlalu bukan melalui paksinya...bukan aku menentang arus...aku hanya ingin tulus...

Monday, May 17, 2010

SELAMAT HARI GURU

Assalamualaikum semua... 1st of all aku nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua yang bergelar pendidik di seluruh negara.. dengan tema GURU PEMBINA NEGARA BANGSA dengan harapan supaya kita warga pendidik menjadi tenaga untuk mencurahkan ilmu kepada pewaris negara dan bangsa pada masa akan datang. kepada semua guru yang telah mencurahkan segala ilmu padaku sehingga aku berdiri di sini.. dan aku akan teruskan mencurahkan ilmu kepada anak bangsa ku sepertimana yang pernah guruku lakukan dulu, terima kasih cikgu, jasamu tetap ku kenang hingga ke akhir hayatku.. itulah intro dr aku...  bulan Mei nih aku rasa macam-macam da jadi kat aku ni, dari eksiden kereta smpai la motorku yang rosak nih.. huhu... sedih btol mengenangkan semua benda yang berlaku ni... bila motor dan kereta aku 2-2 sekali masuk bengkel... aduhhhhh.. tapi takpela.. mungkin ada hikmah di sebalik kejadian.. erm.. perkhemahan jamboree 1 Malaysia dah selesai.. then lepas ni menanti untuk ke padang jamboree kebudayaan pulak... cukup smpai disini kali ni.. jumpa lagi di lain masa... salam dari tinta berdarah..
">