Powered By Blogger

Tuesday, August 3, 2010

kembali mencoret..

warrghhhh... assalamualaikum semua... wahahahah lama dah x mencoret kat sini.. last ari tu bulan jun.. kemudian terus dengan kesibukan dalam melaksanakan tugas...

Pengalaman pertama melawat ke negara orang, best sgt, tempatnya menarik, orangnya baik, cewek2 nya juga cantik... manis gitu.. ahahahahahah ohh aku tergoda terkuciwa..( dari kerana mata ) ahahahah gurau jerk... pengalaman yg sangat menarik bagi aku, mewakili Selangor dan Malaysia ke Jambore Budaya Serumpun Malaysia-Indonesia yg mana menggabungkan pengakap dan pandu puteri malaysia bersama-sama mengeratkan hubungan serumpun budaya bersama pramuka Indonesia, sesungguhnya aku tak kan lupakan sampai bila-bila, best beb...

habis je jamboree tugasku xberakhir disitu, di sambung pula dengan kursus2 manikayu yang perlu aku habiskan dalam tahun ni untuk melayakkan aku dikalungkan manikayu pengakap muda, alhamdulillah kami peserta kursus kepimpinan manikayu PM telah selamat menamatkan kursus dengan jayanya... mmg best dak2 nih, gila2 semua.. xcaye g tgk gambar2 dalam fesbuk aku... ahahhahah meriah betul...

kemudian kerja aku bersambung2 dengan hal sekolah lagi dan kepengakapan lagi sehingga yg terkini ialah Kempori Pengakap Muda dan Remaja Negeri Selangor di mana aku ditugaskan sebagai salah seorang urusetia dan petugas negeri, bukan di bawah kontinjen Kajang.. tapi aku tetap menjenguk2 ke kontinjen aku.. melihat2 keadaan budak2 daerah aku, disamping tumpang makan.. ahahahaha

aku rasa mmg pack betul masa aku sebulan, hujung minggu je masuk kem, hujung minggu je masuk kem, masuk je hujung minggu.. ahahahahahahah Kem Rimba Templer dah jadi macam kg no 2 aku.. ahahaha.. Tapi apa pon aku enjoy dgn kerja2 aku yg mcm nih, so xde timbul isu penat atau apa.. benda kita minat.. mmg xde masalah pon kann.... lepas tu plak malamnya lepak ngan member2 giler  semua.. perhhhhh mmg best.... ahahahahaha

Jadinya hujung minggu yang baru nih aku free se free free nya... memang BEST.. aku berehat je... fuhh.... aku lepak depan tv.. ngadap lappy.. melingkar baek punya... mmg aku rasa best giler ahh... then ptg ada game boling... pon best gak walaupon kalah,, cuma xleh nak seronok2 sgt sbb aku dapat call ibu tak berapa sihat.. so. aku berada dalam mud : standby.. kalo  in case la kan...

Now apa yg  perlu untuk aku fikirkan ialah cara mana aku nak dapat duit dgn sebanyak2 nya.. hahahahah.. mcm2 dalam kepala hotak aku nih nak buat.. wakakakakaak .....

Well.. tu lah kisahnya aku xmencoret sepanjang hampir2 sebulan lebih ni... nnt ada masa aku titipkan lagi oke.. Salam Mesra dari Tinta Berdarah

Wednesday, June 16, 2010

tinta berdarah...

semuanya yang berlaku menjadi semakin merumitkan... hampir hilang kawalan... tapi takpe...kalau nak difikirkan sangat pun.. memang penyelesaiannya bukan dalam masa terdekat... dan andai tiada jalan penyelesaian pon.. biar aku simpan sendirian... cuma... sampai suatu masa....andainya aku tidak lagi berdaya melangkah, andai langkahku sudah di penghujung jalan atau mungkin aku dah tiada lagi disini..semuanya akan terungkai dengan sendiri... dan mungkin ketika itu orang akan faham mengapa semuanya berlaku dan berlalu bukan melalui paksinya...bukan aku menentang arus...aku hanya ingin tulus...

Monday, May 17, 2010

SELAMAT HARI GURU

Assalamualaikum semua... 1st of all aku nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua yang bergelar pendidik di seluruh negara.. dengan tema GURU PEMBINA NEGARA BANGSA dengan harapan supaya kita warga pendidik menjadi tenaga untuk mencurahkan ilmu kepada pewaris negara dan bangsa pada masa akan datang. kepada semua guru yang telah mencurahkan segala ilmu padaku sehingga aku berdiri di sini.. dan aku akan teruskan mencurahkan ilmu kepada anak bangsa ku sepertimana yang pernah guruku lakukan dulu, terima kasih cikgu, jasamu tetap ku kenang hingga ke akhir hayatku.. itulah intro dr aku...  bulan Mei nih aku rasa macam-macam da jadi kat aku ni, dari eksiden kereta smpai la motorku yang rosak nih.. huhu... sedih btol mengenangkan semua benda yang berlaku ni... bila motor dan kereta aku 2-2 sekali masuk bengkel... aduhhhhh.. tapi takpela.. mungkin ada hikmah di sebalik kejadian.. erm.. perkhemahan jamboree 1 Malaysia dah selesai.. then lepas ni menanti untuk ke padang jamboree kebudayaan pulak... cukup smpai disini kali ni.. jumpa lagi di lain masa... salam dari tinta berdarah..

Tuesday, May 11, 2010

mencoret semula...

uihsss.. assalamualaikum semua... hampir sebulan x mencoret kat sini, akibat kesibukan kerja dan berkaitan hal-hal lain, seminggu 2 nih macam perkara yg berlaku, samada kepada aku ataupon orang yang disekeliling aku, yang pastinya satria tu dah jahanam jumaat lepas sebab eksiden... huh.. kesal pon tak guna, benda mmg nak jadi, anyway thanx utk boboke bg aku lepak studio refresh diri, naes yg datang menjenguk2 tgk kereta aku, bawak ke balai sumer, apool yang bagi bantuan sumer tow truck, n kepada yg terlibat secara langsung ataupon tak langsung, minggu lepas juga seminggu aku terlibat dengan kejohanan sepaktakraw msss ( Majlis Sukan Sekolah-sekolah Selangor ) di Gombak. sibuk.. mmg sibuk.. penat... mmg penat.. tapi tu la dinamakan kerja kan? hujung minggu ni plak perkhemahan sempena sambutan hari belia 1Belia 1Malaysia.. aku terlibat sebagai wakil pengakap pergi under kontingen Selangor.. ape pon masih belum terlambat untuk aku ucapkan SELAMAT HARI IBU kepada ibu tersayang... mak-mak serta org yg bergelar ibu di seluruh dunia.. dan harap tak terlalu awal untuk mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada kawan-kawan sejawatan semua dan guru-guru di seluruh dunia, tanpa kalian yang bertungkus lumus, berusaha untuk mendidik dan mengajar serta mencurahkan ilmu bagi melahirkan modal insan yang gemilang pada masa yang akan datang.. aku harapkan kita terus berjuang dengan misi kita mendidik anak bangsa walau apa pon halangan, apa pun rintangan, apa pon cabaran, semoga kalian serta diriku sendiri akan terus tabah demi mewarnai dunia pendidikan.. berusaha untuk kita buat yang terbaik dalam apa jua bidang dan kepakaran kita...walau bagaimanapon... enjoy ur life.. salam sayang dari tinta penulis    [[MistA Qai]]

Tuesday, April 13, 2010

semuanya berjalan lancar..

Alhamdulillah.... semuanya berjalan dengan lancar... apa yang lancar? hahahaha, ceritanya macam ni... hari ni aku di observe untuk subjek BM oleh PK Petang aku, ni observation yang pertama, nanti september ada sekali lagi, malam tadi aku cukup hangin.. aku da setelkan semua bahan yang patut, aku cari sumber kat internet, then siap edit aku punya lesson plan, sebab cadangnya aku plan untuk observe nih cunn punya strategy... bukan apa... kat sekolah mungkin orang tengok aku style gila-gila, simple n rilex, macam orang tak pernah nak ambik kisah, ambik berat, n takde masalah, tapi silap kalau nak menilai aku dari mata kasar.. aku nak buktikan walaupun pandangan mata kasar orang lain tu macam aku nih apa je, aku akan cuba buat yang terbaik... sebenarnya aku teringat sepotong ayat.. "cuba lihat dari mata burung, jangan lihat dari mata tempurung" renung-renungkan... kerana dari situ kita akan dapat buat penilaian yang sebenar.. sambung balik kenapa aku hangin.. aku dah setel semua keje aku... aku nak print ah... tiba-tiba time ni pulak la printer aku habis ink, sakit je jiwa rasanya, tapi bila aku fikir-fikir balik, semuanya boleh selesai, sebab aku keje petang... so pagi tadi aku keluar awal sket aku selesaikanlah apa yang patut... then smpai sekolah aku pergi computer lab aku setting audio semua, sbb bahan aku kali ni melibatkan audio, setting punya setting... beres.... so time observe, aku buat segalanya seperti yang aku rancang... dan Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar, dalam masa sejam aku di observed aku buat biasa je, buat keje aku, jalankan siap dengan plan dan strategy aku semua.. lepas je PK Petang aku habis observed aku, perhhhhh , dia punya lega tu...macam lepas batu dari bahu.... jadi aku pun tengokla komen-komen yang aku dapat....dan keputusannya... Alhamdulillah.. dia puji cara aku mengajar, cara aku sampaikan ilmu, maklumat, kerana bahan yang aku gunakan sangat-sangat membantu dan berkaitan dengan topik aku pada hari ini. dengan ini aku dapat buktikan yang aku dapat lakukan yang terbaik, mungkin tak sebaik orang lain, tapi bagi aku, aku dah mencuba, dan aku sangat berpuas hati... azam aku, adalah untuk terus lakukan yang lebih baik, kesibukan bukanlah penghalang untuk aku cuba dan terus mencuba untuk melakukan yang terbaik kerana " aku mungkin bukan manusia yang sempurna, tapi aku akan sentiasa melakukan yang terbaik.." kegembiraan ni ingin aku kongsikan bersama-sama seseorang.. tapi maybe later or da next tyme.. biarlah semuanya settle down dulu... sekian coretan tinta berdarah kali ini.. walaupun berdarah, aku akan pastikan senyuman akan terus terukir di bibir ini...  sekian wasalam....

Friday, April 9, 2010

bicara pagi jumaat

assalamualaikum...... pagi semua.... hahahahah... semoga pagi jumaat nih memberikan kebahagiaan  kepada kita, membawa seribu rahmat kepada kita.. ok lah.. jum sembang-sembang... ehem.. pagi ni bangun tido sakit kepala pulak rasanya.. kenapa ntah.. tido awal malam td.. tapi sakit kepala gak...nih kalau aku pengsan ni.. keras aku sorang-sorang.. ahahahahahah, erm xpelah.. xde ape pon rasanya.. ok je ni sihat walafiat... tapi kalau di tarik nyawa hari ni pon.. jatuhnya pada hari jumaat.. penghulu segala hari... tapi aku berdoa agar dipanjangkan umur sebab banyak perkara yg aku belum buat lagi.. belum aku capai lagi... semoga aku berpeluang untuk menikmati hidup yang sekali je ni... ermmm cite lain plak.. kan best kalau kita dapat apa yang kita nak.. best kan? kan best kalau kita dapat buat apa yang kita nak, kita inginkan semua dengan cara kita.. best kan? n kan best kalo kebahagiaan adalah sepenuhnya milik kita.. best kan? tanpa prejudis... eheheh, tapi apa pun walaupun tak semua yang aku harapkan aku dapat, aku bersyukur dapat terus hidup dan menjalani hari-hari aku yang bakal mendatang, cuma kadang-kadang aku tak mampu untuk berseorangan.. aku perlu untuk seseorang berada disisi aku...kerana ia akan memberikan aku kekuatan untuk aku terus berdiri..berlari... menghadapi hidup ni.. kepada yang menyokongku... terima kasih aku ucapkan kerana menyemarakkan lagi semangat untuk aku terus kuat walaupon berbagai-bagai dugaan yang aku terima... aku teruskan hidup.. semuanya untuk org yg aku sayang.. terima kasih lagi sekali... ok lah.. cukup untuk pagi ni.. ketemu lagi ya.. salam sayang dari Mr Qai ...

Tuesday, April 6, 2010

menerima tanpa prejudis..

haih... tu la motto patrol gagak di rimba, menerima tanpa prejudis... begitu juga aku dan kehidupan aku... sentiasa menerima dengan tangan dan hati yang terbuka.. tanpa prejudis.. ada orang mungkin susah nak menerima tapi itulah aku, aku selesa dengan cara begitu. Well, dalam seminggu dua nih aku ada buat perancangan, ada la 2-3 plan, jadi aku harap semuanya akan berjalan dengan baik.. mungkin agak sukar tapi kata orang alah bisa tegal biasa, aku nak memulakan beberapa projek, jadi aku akan cuba buat bersungguh-sungguh, ye lah.. kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya kan.. aku berharap aku berjaya melakukannya... MALAYSIA BOLEH yeah.. heheheh

Thursday, April 1, 2010

kesibukan merentasi angkasaraya


minggu yang sibuk... bulan yang sibuk... bila april tiba.. kerja berjalan seperti biasa n bulan ni agak bz dengan perkhemahan dan macam-macam aktiviti lain, minggu lepas kursus manikayu peringkat 1, minggu ni free tapi ada perjumpaan unit beruniform, so macam biasa je la.. cuma minggu depan n seterusnya ada terlibat dengan camping peringkat negeri selangor, penat memang penat, yang penting kita enjoy..... hak hak

Thursday, March 25, 2010

C-I-N-T-A

CINTA... semua orang pon tahu apa itu cinta, tapi untuk memahaminya.. ia sangat complicated...terpulang kepada pendapat masing-masing.. tapi bagi aku cinta merangkumi semuanya.. sebab orang sanggup buat apa saja demi cinta, kita mungkin bukan lah kekasih yang sempurna, dan sebenarnya kita tak perlu untuk menjadi terlalu sempurna .. sebab kita adalah kita, ibarat semerah cinta stilleto.."kerana ketidaksempurnaan itu kebahagiaan baginya"... dunia ini takkan indah jika semuanya berjalan dengan terlalu sempurna... ketidaksempurnaan itulah yang mewarnai dunia cinta... ungkapan cinta memang mudah hendak dilafazkan...rindu... sayang.... semuanya adalah berkaitan perasaan, semua orang tahu itu, sebenarnya cinta tidak cukup jika kita sekadar meluahkanya... biarpun sepenuh jiwa yg kita ada sebab sebenarnya cinta mempunyai beribu-ribu pengertian, ia adalah tentang keikhlasan (sincere), kesetiaan (loyalty), percaya ( trust) dan yang paling penting ialah KEJUJURAN ( honestly)... sekian saja coretan dari bingkisan tinta berdarah kali ini... by Mr Qai

Wednesday, March 24, 2010

cinta kosmik ku yang membara...

">

hikayat modem terbakar

tersebutlah kisah.... taiyyibbbbbb.... hahahahah ini lah kisahnya yang mengguris hati, jiwa dan perasaan ku ini.. huhu.. boleh plak modem wifi aku nih jahanam, sakit je jiwa rasanya, separuh nyawa memeras otak mencari akal agar aku tidak mati keras tak dapat online... hahahaha tapi akal cerdik mmg selalu datang time-time terdesak nih.. hahaha, so aku pon rembat modem yang ada kat umah ibu tu.. then setting punya setting berjayalah aku dengan misi ku...dapat lah aku terus mencoret kat sini.. hehehehe.. ok lah.. carry on pendaftaran pengakap 2010 adios....

Friday, March 19, 2010

cuti..cuti..cuti...nak abesss.

wah... sekejap je kan... seminggu berlalu macam tu je.. seperti angin bertiup yang berlalu pergi.. dah nak habis cuti sekolah... cuti ni aku betul-betul bercuti... xde buat apa-apa langsung... cuti semata-mata cuti... setakat round kajang tu je la.... n ada la a few things... apa pon.. seminggu dah berlalu... minggu depan kembali bertugas.. selamat.....

Wednesday, March 17, 2010

hari buat passport...

hari ni hari berumahtangga kat pejabat imigrisen kajang pasal tunggu turn nak buat passport, memang ramai... kena pulak minggu cuti sekolah, dengan budak baru dapat result SPM kot ada yang nak further study kat oversea ke kan.... tapi nasib baik la terserempak ngan student aku yang akan pergi skali jamboree ni.. dia da beratur awal.. aku selit kat dia.. kalau tak..... seksa ngkooo....apepon semua dah setel da....... tunggu tarikh nak pergi je ni, nak saving skrg ni... kalo tak takde fulus ah... k sekian untuk kali ni.. adios... salam..

Tuesday, March 16, 2010

i don't want miss a thing syg....

cuti..cuti..cuti...

ahhh... cuti sekolah seminggu... tapi macam tu je la... tak ada apa-apa plan yang menarik pon... lepak rumah, online, n kalo rajin keluar....jadi just berehat je la.. tapi ok, yang penting tak ada kerja yang nak difikirkan sgt, ada tu memang ada tapi boleh buat perlahan-lahan... k la.. nak cari lagu yang best-best nak post..untuk hiburan semua...chow

Sunday, March 14, 2010

Ahli Fiqir akhirnya bawa haluan masing-masing..




semalam dengar kat era... then ari nih kat paper lak.. Daly ahli fiqir buat statement yang ahli fiqir akan buat last perfomance bulan depan kat pangkor kalo tak silap... mean last ahli fiqir bersama n akan bawa haluan masing-masing lepas ni, sedih gak pasal lagu n collaboration diorg semua best, aku antara peminat ahli fiqir.. setiap bait yg disampaikan terus menusuk ke hati... begitu la penilaian aku... orang lain tak kisah la kan....apa-apa pon aku support perjalanan seni diorang selagi diorang terus berkarya.. buat Daly yang akan muncul sebagai filsuf... gud luck aku ucapkan...
semoga akan terus menghasilkan karya-karya bermutu n best... chaiyokkk

Tuesday, March 9, 2010



SEMALAM YANG AKU TINGGALKAN

JIKA HARI INI KAU LIHAT AKU TERMENUNG
AKU MEMIKIRKAN TENTANG SEMALAM
SEMALAM YANG AKU TINGGALKAN...


KERANA SEMALAM
BEGITU BANYAK KENANGAN SILAM
MEMORI YANG TAK MUNGKIN AKU LUPAKAN


AKU TERKENANG ZAMAN PERSEKOLAHAN
TEMPATKU BERGEMBIRA BERSAMA TEMAN
TEMPAT AKU MENIMBA ILMU
TEMPAT BERMULANYA PERMULAAN LANGKAHKU
TEMPAT PENGALAMAN MENGAJAR AKU


TERIMA KASIH AYAH DAN IBU
TERIMA KASIH PADA GURUKU
YANG PERNAH BERPESAN-PESAN KEPADAKU
SUATU KETIKA DAHULU
KERANA PESANAN SEMALAM
SEMALAM YANG AKU TINGGALKAN
MEMBAWA AKU BERDIRI DISINI
MEMBAWA AKU KE PUNCAK TERTINGGI
KERANA PESANAN SEMALAMLAH
AKU TAK HILANG ARAH TUJUKU


KEPADA TEMAN-TEMAN SETINGKATAN
PERJUANGAN KITA TAKKAN AKU LUPAKAN
PENGORBANAN KITA SENTIASA DI INGATAN
SESUNGGUHNYA
KENANGAN BERSAMA KALIAN AKU BANGGAKAN
SEMOGA AKU TIDAK KALIAN LUPAKAN


UNTUKMU TEMAN
PENGALAMAN KU HARI INI INGIN KUCERITAKAN
KESERONOKAN DI SINI INGIN AKU KONGSIKAN
HANYA MASA SAHAJA YANG AKU NANTIKAN
DI SAAT KITA BERSANTAI BERSAMA
MENANTI HARI MENJELANG SENJA


HARI INI
KAN SENTIASA KU KENANG CERITA SEMALAM
JANGAN KAU TANYA ADA APA DENGAN SEMALAM
BANYAK CERITA UNTUKKU CORETKAN
SEMALAM YANG AKU TINGGALKAN......

jika kau tiada pada siapa kan ku dendang syair indah...... dengarkanlah....

">

">hanya nyawa kan bisa.. memisahkan kita...

Sunday, March 7, 2010

jerawat........... damn~!!

musykil betul aku ari nih... tiba-tiba ada 1 jerawat muncul di dahi... ape daaa... zaman muda remaja dulu duk angau-angau stendet ah jerawat-jerawat nih.... sape punya la jerawat ni eh.. hihihihihih... erm xpelah.. kena la lagi giat mencuci muka nih... biasa 3 kali sehari... tapi...... takkanla nak cuci sejam sekali... jahanam muka ni karang wakakakakaka.. takpelah... kalo x gatal tangan nih memicit nanti.. tunggulah ia menghilang sendiri oke... adios..salam.....

i wan't nobody nobody but you....

bicara hujung minggu

Ehem... hari ahad, hari minggu... hari untuk berehat, bersantai selepas penat bekerja sepanjang minggu, dalam tak sedar hari-hari begitu pantas berlalu, dan dalam tak sedar macam-macam perkara yang dah berlaku namun aku tetap aku, masih seperti yang dahulu... mengharungi hari-hari dalam hidup ini seperti biasa... kerana seseorang telah berpesan kepadaku.. walau apa pun rintangan, walau apa pun dugaan yang mendatang... HADAPILAH DENGAN SENYUMAN....... terima kasih atas pesanan itu......... sekian untuk kali ini.. jumpa lagi.

Saturday, March 6, 2010

buat juwitaku...akulah lelaki yang bisa mencintamu....

">

sebuah kisah....

kisah hari ini adalah kenangan kita untuk masa depan sepertimana hari ni kita mengenang masa lalu.. yang telah lama kita tinggalkan... tapi rasanya seperti baru semalam... SEMALAM YANG AKU TINGGALKAN.. ada makna tu... segala kenangan, pahit dan manis, suka dan duka.. tetap akan kita kenangkan sukar utk kita lupakan... biarkan ia menjadi sejarah... kerana ia akan mewarnai dunia kita... sebuah kisah, berbagai cerita....

Thursday, March 4, 2010

POKER POKER POKER~!!

hahahaha mcm dah xde keje lain... pantang free sikit.. mula la sibuk nak berjudi... nak wat camne.. mengisi masa lapang ye tak? biarkan je la kan..... selagi chip di kandung badan, berpoker la sampai lebam.. hahahahahah. Facebook nih sebenarnya membuka satu lembaran baru bg aku, kecik betul dunia ni kan?? kata orang yang jauh di dekatkan yang dekat di rapatkan dan yang rapat diserasi-serasikan... untuk kamu.... dikau menghiasi dunia ku...

Assalamualaikum


Alhamdulillah... setelah lama x mencoret.. rasanya ingin kembali meluangkan masa disini..... sebelum nih hanya pemerhati... menghayati tapi biarkan ia berlalu pergi. Dan kini ku kembali bagi mewarnai dunia maya ini.. semuanya kerana sebuah ILHAM ...
">