Powered By Blogger

Wednesday, June 16, 2010

tinta berdarah...

semuanya yang berlaku menjadi semakin merumitkan... hampir hilang kawalan... tapi takpe...kalau nak difikirkan sangat pun.. memang penyelesaiannya bukan dalam masa terdekat... dan andai tiada jalan penyelesaian pon.. biar aku simpan sendirian... cuma... sampai suatu masa....andainya aku tidak lagi berdaya melangkah, andai langkahku sudah di penghujung jalan atau mungkin aku dah tiada lagi disini..semuanya akan terungkai dengan sendiri... dan mungkin ketika itu orang akan faham mengapa semuanya berlaku dan berlalu bukan melalui paksinya...bukan aku menentang arus...aku hanya ingin tulus...

Monday, May 17, 2010

SELAMAT HARI GURU

Assalamualaikum semua... 1st of all aku nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua yang bergelar pendidik di seluruh negara.. dengan tema GURU PEMBINA NEGARA BANGSA dengan harapan supaya kita warga pendidik menjadi tenaga untuk mencurahkan ilmu kepada pewaris negara dan bangsa pada masa akan datang. kepada semua guru yang telah mencurahkan segala ilmu padaku sehingga aku berdiri di sini.. dan aku akan teruskan mencurahkan ilmu kepada anak bangsa ku sepertimana yang pernah guruku lakukan dulu, terima kasih cikgu, jasamu tetap ku kenang hingga ke akhir hayatku.. itulah intro dr aku...  bulan Mei nih aku rasa macam-macam da jadi kat aku ni, dari eksiden kereta smpai la motorku yang rosak nih.. huhu... sedih btol mengenangkan semua benda yang berlaku ni... bila motor dan kereta aku 2-2 sekali masuk bengkel... aduhhhhh.. tapi takpela.. mungkin ada hikmah di sebalik kejadian.. erm.. perkhemahan jamboree 1 Malaysia dah selesai.. then lepas ni menanti untuk ke padang jamboree kebudayaan pulak... cukup smpai disini kali ni.. jumpa lagi di lain masa... salam dari tinta berdarah..

Tuesday, May 11, 2010

mencoret semula...

uihsss.. assalamualaikum semua... hampir sebulan x mencoret kat sini, akibat kesibukan kerja dan berkaitan hal-hal lain, seminggu 2 nih macam perkara yg berlaku, samada kepada aku ataupon orang yang disekeliling aku, yang pastinya satria tu dah jahanam jumaat lepas sebab eksiden... huh.. kesal pon tak guna, benda mmg nak jadi, anyway thanx utk boboke bg aku lepak studio refresh diri, naes yg datang menjenguk2 tgk kereta aku, bawak ke balai sumer, apool yang bagi bantuan sumer tow truck, n kepada yg terlibat secara langsung ataupon tak langsung, minggu lepas juga seminggu aku terlibat dengan kejohanan sepaktakraw msss ( Majlis Sukan Sekolah-sekolah Selangor ) di Gombak. sibuk.. mmg sibuk.. penat... mmg penat.. tapi tu la dinamakan kerja kan? hujung minggu ni plak perkhemahan sempena sambutan hari belia 1Belia 1Malaysia.. aku terlibat sebagai wakil pengakap pergi under kontingen Selangor.. ape pon masih belum terlambat untuk aku ucapkan SELAMAT HARI IBU kepada ibu tersayang... mak-mak serta org yg bergelar ibu di seluruh dunia.. dan harap tak terlalu awal untuk mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada kawan-kawan sejawatan semua dan guru-guru di seluruh dunia, tanpa kalian yang bertungkus lumus, berusaha untuk mendidik dan mengajar serta mencurahkan ilmu bagi melahirkan modal insan yang gemilang pada masa yang akan datang.. aku harapkan kita terus berjuang dengan misi kita mendidik anak bangsa walau apa pon halangan, apa pun rintangan, apa pon cabaran, semoga kalian serta diriku sendiri akan terus tabah demi mewarnai dunia pendidikan.. berusaha untuk kita buat yang terbaik dalam apa jua bidang dan kepakaran kita...walau bagaimanapon... enjoy ur life.. salam sayang dari tinta penulis    [[MistA Qai]]

Tuesday, April 13, 2010

semuanya berjalan lancar..

Alhamdulillah.... semuanya berjalan dengan lancar... apa yang lancar? hahahaha, ceritanya macam ni... hari ni aku di observe untuk subjek BM oleh PK Petang aku, ni observation yang pertama, nanti september ada sekali lagi, malam tadi aku cukup hangin.. aku da setelkan semua bahan yang patut, aku cari sumber kat internet, then siap edit aku punya lesson plan, sebab cadangnya aku plan untuk observe nih cunn punya strategy... bukan apa... kat sekolah mungkin orang tengok aku style gila-gila, simple n rilex, macam orang tak pernah nak ambik kisah, ambik berat, n takde masalah, tapi silap kalau nak menilai aku dari mata kasar.. aku nak buktikan walaupun pandangan mata kasar orang lain tu macam aku nih apa je, aku akan cuba buat yang terbaik... sebenarnya aku teringat sepotong ayat.. "cuba lihat dari mata burung, jangan lihat dari mata tempurung" renung-renungkan... kerana dari situ kita akan dapat buat penilaian yang sebenar.. sambung balik kenapa aku hangin.. aku dah setel semua keje aku... aku nak print ah... tiba-tiba time ni pulak la printer aku habis ink, sakit je jiwa rasanya, tapi bila aku fikir-fikir balik, semuanya boleh selesai, sebab aku keje petang... so pagi tadi aku keluar awal sket aku selesaikanlah apa yang patut... then smpai sekolah aku pergi computer lab aku setting audio semua, sbb bahan aku kali ni melibatkan audio, setting punya setting... beres.... so time observe, aku buat segalanya seperti yang aku rancang... dan Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar, dalam masa sejam aku di observed aku buat biasa je, buat keje aku, jalankan siap dengan plan dan strategy aku semua.. lepas je PK Petang aku habis observed aku, perhhhhh , dia punya lega tu...macam lepas batu dari bahu.... jadi aku pun tengokla komen-komen yang aku dapat....dan keputusannya... Alhamdulillah.. dia puji cara aku mengajar, cara aku sampaikan ilmu, maklumat, kerana bahan yang aku gunakan sangat-sangat membantu dan berkaitan dengan topik aku pada hari ini. dengan ini aku dapat buktikan yang aku dapat lakukan yang terbaik, mungkin tak sebaik orang lain, tapi bagi aku, aku dah mencuba, dan aku sangat berpuas hati... azam aku, adalah untuk terus lakukan yang lebih baik, kesibukan bukanlah penghalang untuk aku cuba dan terus mencuba untuk melakukan yang terbaik kerana " aku mungkin bukan manusia yang sempurna, tapi aku akan sentiasa melakukan yang terbaik.." kegembiraan ni ingin aku kongsikan bersama-sama seseorang.. tapi maybe later or da next tyme.. biarlah semuanya settle down dulu... sekian coretan tinta berdarah kali ini.. walaupun berdarah, aku akan pastikan senyuman akan terus terukir di bibir ini...  sekian wasalam....

Friday, April 9, 2010

bicara pagi jumaat

assalamualaikum...... pagi semua.... hahahahah... semoga pagi jumaat nih memberikan kebahagiaan  kepada kita, membawa seribu rahmat kepada kita.. ok lah.. jum sembang-sembang... ehem.. pagi ni bangun tido sakit kepala pulak rasanya.. kenapa ntah.. tido awal malam td.. tapi sakit kepala gak...nih kalau aku pengsan ni.. keras aku sorang-sorang.. ahahahahahah, erm xpelah.. xde ape pon rasanya.. ok je ni sihat walafiat... tapi kalau di tarik nyawa hari ni pon.. jatuhnya pada hari jumaat.. penghulu segala hari... tapi aku berdoa agar dipanjangkan umur sebab banyak perkara yg aku belum buat lagi.. belum aku capai lagi... semoga aku berpeluang untuk menikmati hidup yang sekali je ni... ermmm cite lain plak.. kan best kalau kita dapat apa yang kita nak.. best kan? kan best kalau kita dapat buat apa yang kita nak, kita inginkan semua dengan cara kita.. best kan? n kan best kalo kebahagiaan adalah sepenuhnya milik kita.. best kan? tanpa prejudis... eheheh, tapi apa pun walaupun tak semua yang aku harapkan aku dapat, aku bersyukur dapat terus hidup dan menjalani hari-hari aku yang bakal mendatang, cuma kadang-kadang aku tak mampu untuk berseorangan.. aku perlu untuk seseorang berada disisi aku...kerana ia akan memberikan aku kekuatan untuk aku terus berdiri..berlari... menghadapi hidup ni.. kepada yang menyokongku... terima kasih aku ucapkan kerana menyemarakkan lagi semangat untuk aku terus kuat walaupon berbagai-bagai dugaan yang aku terima... aku teruskan hidup.. semuanya untuk org yg aku sayang.. terima kasih lagi sekali... ok lah.. cukup untuk pagi ni.. ketemu lagi ya.. salam sayang dari Mr Qai ...

Tuesday, April 6, 2010

menerima tanpa prejudis..

haih... tu la motto patrol gagak di rimba, menerima tanpa prejudis... begitu juga aku dan kehidupan aku... sentiasa menerima dengan tangan dan hati yang terbuka.. tanpa prejudis.. ada orang mungkin susah nak menerima tapi itulah aku, aku selesa dengan cara begitu. Well, dalam seminggu dua nih aku ada buat perancangan, ada la 2-3 plan, jadi aku harap semuanya akan berjalan dengan baik.. mungkin agak sukar tapi kata orang alah bisa tegal biasa, aku nak memulakan beberapa projek, jadi aku akan cuba buat bersungguh-sungguh, ye lah.. kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya kan.. aku berharap aku berjaya melakukannya... MALAYSIA BOLEH yeah.. heheheh

Thursday, April 1, 2010

kesibukan merentasi angkasaraya


minggu yang sibuk... bulan yang sibuk... bila april tiba.. kerja berjalan seperti biasa n bulan ni agak bz dengan perkhemahan dan macam-macam aktiviti lain, minggu lepas kursus manikayu peringkat 1, minggu ni free tapi ada perjumpaan unit beruniform, so macam biasa je la.. cuma minggu depan n seterusnya ada terlibat dengan camping peringkat negeri selangor, penat memang penat, yang penting kita enjoy..... hak hak
">